Isnin, 9 April 2012
MEE BANDUNG MUAR
Bahan -bahan:
500 gram mee kuning (sebenarnya ikut selera )
10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)
5 ulas bawang puting
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang besar
50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
100 gram udang biasa
200 gram tulang lembu (direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah )
100 gram sawi (dipotong sekitar 1 inci )
garam dan gula secukup rasa
minyan untuk menumis
Cara Memasak:
Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .
Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Birakan sehingga mendidih.
Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa.
Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.