VISITOR

Memaparkan catatan dengan label Kueh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kueh. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mac 2012



Talam Keladi Berlauk .
Bahan A
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan [1 biji kelapa]
1sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan ubi keladi [potong dadu, rebus dan toskan]
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah [cincang]
1 pokok daun bawang ]
1 pokok daun sup ] racik
2 sudu besar bawang goreng

Bahan C [hiasan]
3 tangkai cili merah [cincang]
1/2 cawan bawang goreng
1 pokok daun sup dan daun bawang [racik]

Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 10 x 10 inci.
2. Campurkan semua bahan A dan tapiskan dalam mangkuk.
3. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Tuangkan adunan perlahan-lahan dalam loyang yg telah diletakkan dalam kukusan.
5. Kukuskan adunan selama 30 minit.
6. Bila dah masak sejukkan beberapa jam.
7. Potong kueh dan taburkan bahan hiasan.
8. Hidangkan.

NAGASARI .

Bahan-bahan:-
1) 1 cawan tepung beras
2) 5 cawan santan
3) 2 sudu makan tepung jagung
4) 2 sudu makan gula
5) ½ sudu teh garam
6) 5 biji pisang raja
7) Daun pisang secukupnya (layurkan)

Cara :
1) Gaul sebati tepung, santan, garam dan gula.
2) Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkat.
3) Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang. Letakkan sepotong pisang dan
tutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat. Buat hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.

BINGKA JAGUNG .


Bahan-bahan:-

1) 500 gram santan
2) 1 sudu teh garam
3) 3 biji telur
4) 200 gram tepung gandum
5) 100 gram gula
6) 50 gram marjerin
7) 2 sudu makan tepung kastad
8) ½ tin jagung berkrim
9) ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)


Cara-cara pembuatan:

1) Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2) Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api.
3) Sementara itu sapu rata acuan atau loyang dengan marjerin.
4) Tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Taburkan bijan goreng di atasnya.
Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° selama sejam /
hingga masak.
5) Sejukkan dan potong.

Jumaat, 23 Mac 2012


BAHULU KUKUS LAPIS DAGING..

Bahan Bahulu

6 biji telur
1 sudu makan ovalette
1/2 cawan gula halus
sedikit esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum diayak
2 1/2 sudu makan minyak masak

Bahan Inti

200gm daging kisar
5 sudu makan rempah kari daging
3 biji ubi kentang dipotong dadu
1 cawan sayur campur
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 inci kulit kayu manis
sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara membuat inti
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia
2. Campurkan rempah dan air supaya menjadi seperti pes
3. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bahan kisar sehingga kuning
4. Masukkan rempah dan kacau seketika. Kemudian masukkan daqging, kentang dan air
5. Bila daging dan ubi empuk masukkan bawang besar, sayur campur dan garam
6. Masak hingga kering dan sejukkan.

Cara membuat bahulu
1.Pukul telur, ovalette, gula dan tepung hingga kembang dengan kelajuan maksima selama 6 hingga 8 minit
2.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan bahulu
3.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Sediakan acuan, alaskan kertas dan sapu minyak
4.Masukkan adunan pertama dan kukus. Masukkan sebahagian inti daging diatasnya. Kemudian masukkan satu lagi adunan tepung dan kukus semula. Buatlah sampai habis dan kukus hingga masak

# JANGAN LUPA PASTIKAN PENGUKUS DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM AKTIVITI MENGUKUS DILAKUKAN

PULUT INTI..

Bahan-bahan:
1kg beras pulut
400ml santan
1 sudu teh garam

Bahan untuk inti:
1 biji kelapa parut
200gm gula merah
250ml air
1 helai daun pandan
100gm gula pasir

Cara memasak:
1. Rendam beras selama 3 jam dan kemudian kukus selama 20 minit.
2. Apabila sudah masak, angkat dan letakkan ke dalam bekas kemudian gaulkan dengan santan yang sudah dicampurkan dengan garam.
3. Gaulkan pulut hingga rata dan sebati.
4. Untuk menyediakan intinya, campurkan semua bahan inti dan masakkan hingga kering.
5. Masukkan pulut ke dalam acuan kecil dan letakkan inti kelapa di atas permukaan pulut tersebut.

APAM PISANG

Bahan-bahannya untuk membuat apam pisang:

7/8 biji pisang emas(lebih kurang secawan pisang setelah di lenyetkan)
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh Bikarbonat
2 cawan santan pekat(pati)
secubit garam

cara membuat apam pisang:

Pertamanya hendaklah panaskan kukusan anda sebelum anda menyediakan/mengadun bahan-bahan untuk membuat apam pisang di atas.

Untuk membuat apam pisang hendaklah menggunakan pisang yang betul-betul masak dan sebaik-baiknya pisang emas. Jumlah pengunaan pisang bergantung kepada besarnya pisang. Pisang yang lebih besar seperti pisang embun atau montel boleh di gunakan dengan mengurangkan quantitinya iaitu menggunakan lebih sedikit dalam 3 atau empat biji sahaja. Pisang hendaklah dilenyekkan sehingga sekata. Sebaiknya tiada ketulan pisang. Masukkan gula dan secubit garam dan gaulkan bersama pisang yang telah dilenyekkan tadi.

Tepung gandum, tepung naik sendiri dan bikarbonat hendaklah di ayak dan masukkan ke dalam pisang dan gaulkan hingga sebati bersama dengan santan. Masukkan bahan-bahan yang telah di sediakan tadi di dalam bekas yang bersesuai untuk di kukus selama lebih kurang 1 jam atau 45 minit.

Apam pisangUntuk menghasilkan apam pisang yang cantik jangan terlalu kerap menbuka kukusan tersebut. Ia boleh menyebabkan apam pisang tidak naik dengan cantiknya. Hanya selepas 1 jam anda boleh membuku tutup tersebut dan gunakanlah lidi atau bahagian hujung pisau untuk memastikan apam pisang anda betul-betul masak. Masukkan lidi atau pisau tersebut dan cucukkan ke dalam apam pisang tersebut hingga ke bahagian bawahnya. Jika tiada lekatan tepung pada lidi atau pisau tersebut maka ia telah pun masak. Tutup api dan biarkan ia sejuk. Jangan di angkat terlalu cepat dari kukusan tersebut dan jangan terlalu cepat di buka bahagian penutup kukusan(renggankan sedikit sahaja) tersebut. Ia juga boleh menyebabkan apam pisang tidak menjadi. Lebih kurang 1/2 jam selepas anda menutup api barulah di angkat keluar dan di buka bahagian penutup kukusan tersebut.

CAKAR AYAM...


Bahan:
400 gm gula melaka - kak rus guna 130 gm 
600 ml air - kak rus guna 200 ml 
600 gm keledek putih - kak rus guna 200 gm keledek jingga
600 ml minyak masak- 3 kali goreng guna 100 ml minyak yang sama
3 helai daun pandan disiat-siat utk harumkan minyak dan utk air gula

CARA MEMBUATNYA
1. Keledek dikupas dan diparut lalu dijemur sebentar.
2. Masak gula melaka+air+daun pandan hingga pekat,tapis dan sejukkan.
3. Panaskan 100 ml minyak dgn api sederhana bersama-sama daun pandan.
Keluarkan daun pandan dan goreng segenggam parutan keledek hingga
kuning sambil dibalik-balikkan.Tuang 2 sudu makan air gula betul-betul di atas
keledek.Kacau rata-rata hingga sebati dan semua gula melekat pada keledek.
4. Angkat cepat-cepat dengan sudip berlubang toskan dan letakkan di atas papan
kemudian bahagikan/bentukkan dgn acuan bulat bergarispusat 4cm.
5. Apabila keras angkat dan simpan dalam bekas kedap udara.
6. Ulangi proses menggoreng hingga habis.

RESEPI KUIH QASIDAH

400 gm.......... tepung gandum
1 liter..............air
150 gm...........gula
4 ulas..............bawang merah
Minyak sapi......untuk goreng bawang
Sedikit garam

Cara membuat
1. Bancuh tepung bersama air dan gula, kacau sehingga sebati.
2. Panaskan bahan tadi dengan api yang sederhana dan kacau sentiasa ( takut hangit )
3. Kacau selalu sehingga 20 minit. macam buat puding jagung.
4. Bila adunan tadi dah berkilat dan tak melekat di tangan, dah masak la tu, boleh di angkat.
5. Tuang adunan dalam bekas yang nipis dan biar sehingga sejuk.
6. Goreng bawang dengan minyak sapi sehingga keperangan, tapis minyak dan taburkan di atas qasidah tadi

Selamat mencuba

KUIH SERI MUKA  -.-

bahan A
lapisan atas
300gm beras pulut - rendam 3jam ke semalaman
2 sb inst. coconut milk powder jadikan 200ml santan cair
1 sk. garam halus

bahan B
lapisan bawah
3 biji telur ayam size m
1 peket kecil inst. coconut milk powder jadikan 200ml pati santan
80gm dark brown sugar + 100ml air + 1 helai daun pandan simpul - jadikan air gula, tapis dan ketepikan
100gm soft brown sugar
2 sb tepung jagung
2 2/1 sb tepung gandum
sedikit garam

cara-cara
Beras pulut dibersihkan direndam 3 jam, setengah hari, semalaman. Toskan airnya kemudian tuangkan santan cair telah dicampur garam, dikukus hingga cukup masak. Setelah masak, tekan secukup padat didalam acuan.
Telur dibancuh dengan tepung gandum + tepung jagung, soft brown sugar, pati santan, garam dan tuang air gula merah kacau secukup sebati kemudian di tapis, masak guna kaedah double boiler, angkat apabila ia mula pekat, tuang terus ke atas adunan pulut , kukus guna api sederhana perlahan dikukus hingga cukup masak, sejukkan , potong dan hidangkan
Anda mungkin juga meminati:

BAHULU KUKUS -.-

Bahan-bahan


6 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 cawan gula halus
sedikit esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum halus
(superfine)-diayak
Sedikit pewarna merah atau mengikut kesukaan
2 1/2 sudu minyak masak atau jagung


Cara-cara


1.Pukul telur,ovalette,gula,esen vanila dan tepung hingga kembang dan kental selama 6-8 minit dengan kelajuan maksimum.


2.Turunkan kelajuan paling rendah dan kacaukan minyak dalam adunan kek.


3.Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.


4.Pastikan ia dituang 3/4 penuh dari acuan.Kukus hingga kek masak.


5.Sejukkan dan tanggalkan dari acuan.Sedia untuk hidangan.

Isnin, 16 Januari 2012


Chokolat Chip Cupcakes
Bahan

  • 2 cup gula kastor
  • 2 cawan mentega atau marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • 8 cup coklat bubuk
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 butir telur 1 sendok makan susu
  • 1 / 4 cawan chocolate chips 

Kaedah
  1. Masukkan mentega dan gula dalam mangkuk dan kocok dengan mixer atau sudu kayu.
  2. Tambah telur satu per satu dan mengalahkan masing-masing dengan baik.
  3. Tambah susu dan campuran.
  4. Tambah tepung, baking powder, coklat bubuk (penapis bersama-sama ke dalam mangkuk dengan bahan lain) chocolate chips dan campuran lembut bersama-sama.
  5. Dibagi menjadi kes cawan dan mengisi 2 / 3 penuh.
  6. cupcakes besar masak di selama 15 hingga 20 minit, cupcakes kecil untuk 12 hingga 15 minit, baik di gas 5, 375F atau 190C di tengah oven.
  7. Padam dan sejuk
  8. Diakhiri dengan butter cream dan chocolate chips lebih Cuba banyak koko di butter cream 

Anda ingin mencuba membuat cupcake.......

Chokolat halia Cupcake
Coklat halia adalah satu di depan. Hal ini kristalisasi halia cincang ke dalam resipi cupcake coklat dasar dan kemudian coklat icing pada bahagian atas dan untuk menyelesaikan potongan halia cincang lebih crystalsed. Ini sangat lazat. Kombinasi coklat organik dan halia yang hebat.

BAHAN
  • 3 / 4 cawan - marjerin
  • 3 / 4 cawan - 6oz - gula kastor 175gm
  • 1 cawan - 4oz - tepung self-raising 115gm
  • 1 / 2 cawan - 2oz - koko 60gm
  • 60gm halia cincang kristalisasi untuk campuran kuih dan halia lebih cincang untuk menghiasi bahagian atas kuih.
  • 1 / 2 sudu teh vanili ekstrak
  • 3 telur
  • 1 sudu makan air hangat

KAEDAH
  1. Krim mentega atau marjerin dengan gula kastor dalam mangkuk besar. Add the vanilla extract. Tambah vanili ekstrak.
  1. Kocok telur satu per satu.
  2. Tambah halia cincang. 
  3. Ayak dalam tepung dan koko.
  4. Fold masuk Tambahkan air.
  5. Letakkan campuran dalam kes-kes cupcake individu dalam loyang. Masak di gas 5 - 190C - 375F selama 12 t0 15 minit.

COKLAT ICING
  • 3 / 4 cawan - seperti anda 110gm gelap - 4oz coklat masak, jenis
  • 1 / 2 cawan - 4oz - 110gm mentega
  • 2 1 / 2 cawan - 290gm icing sugar - 10oz
  • air hangat atau kopi hitam yang kuat (pilih yang anda suka) 

KAEDAH
  1. Letakkan periuk di atas pemanas dengan sejumlah kecil air mendidih. Letakkan mangkuk di atasnya.
  2. Masukkan coklat di sini mencair. Dalam sebuah mangkuk krim mentega. .
  3. Tambah coklat cair dengan mentega, campuran.
  4. Secara berperingkat menambahkan gula icing dan kacau rata, tambah air atau kopi di dalam sudu teh untuk menjaga campuran meler dan lembut cukup untuk digunakan sebagai icing.
  5. ketika cupcakes telah sejuk ais masing-masing. Menyimpan cawan air panas di sisi untuk melembabkan penyebaran pisau.