VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


RESEPI DAGING GULUNG BERSOS..



Bahan-bahan:

500 gm daging batang pinang

4-5 hiris lobak merah

5 batang kacang panjang

4-5 hiris lobak putih

2 sudu besar minyak



Bahan untuk sos:

2 ulas bawang putih - ditumbuk

250 ml air

1/2 kiub stok lembu

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

2 sudu teh tepung jagung

1/2 sudu teh basil kering

Garam dan serbuk lada hitam secukupnya



Cara Menyediakannya:



~ Potong daging( jangan putus) untuk menjadi satu kepingan besar.

~ Lumurkan daging dengan garam dan serbuk lada hitam.

~ Celur lobak merah, kacang panjang dan lobak putih.

~ Bila empuk angkat dan letak diatas daging.

~ panaskan minyak dan goreng daging hingga perang.

~ Angkat dan bakar didalam ketuhar 200 darjah celsius selama 1 jam atau sehingga masak.

~ Untuk sos, satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan hingga pekat.

~ angkat dan hidangkan dengan hirisan daging.