VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


LEMPENG COKLAT ><

Bahan-bahan:-
1) 3 biji telur
2) 1 sudu makan gula kastor atau gula perang
3) 1 gelas susu segar
4) 1 cawan tepung naik sendiri
5) 1 sudu makan serbuk koko
6) 2 sudu makan mentega cair
7) Madu (untuk cicah)

Cara :
1) Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2) Masukkan susu dan tepung berselang seli.
3) Masukkan mentega cair dan gaulkan rata dan sebati.
4) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata minyak masak/mentega
5) Tuang sebahagian adunan tadi ke atas kuali. Balikkan apabila satu bahagian separa
masak. Angkat setelah masak. Buat hingga habis.
6) Hidangkan bersama madu.