VISITOR

Jumaat, 30 Mac 2012


PUDING ROTI GULUNG BLUBERRY
PUDING ROTI GULUNG WITH BLUBERRY
by:شيفا اشيفا
For: Kongsi Juadah Berbuka Puasa

Resepinya :-

Bahan:-

7 keping roti putih
jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya)
3 biji telor
40 gm gula kastor
200 ml susu cair/susu sejat
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
30 gm hirisan badam/secukupnya [sy x pakai badam ni, tp gantikan dgn kismis]
sedikit mentega untuk dilenser pd loyang

Cara Menyediakan:-

-buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem. Gulungkan roti dengan kemas.
-Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
-Pukul telor bersama gula hingga sebati.
-Masukkan susu cair, esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.
-Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
-Taburkan badam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
-Hidangkan bersama sos kastad

Sos kastard :

2 sudu besar tpung kastard
1 cawan susu full cream dutch lady/fresh milk
1 cawan air
3 sudu besar gula.

Cara2 :

Dalam 1 periuk, masukkan susu, air dan gula dan tepung kastard (bancuh dulu dgn sikit air).
kacau sos sampai likat, jangan pekat sangat.
sejukkan kejap, letak dalam peti ais.