VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


NASI BERIANI UDANG

Bahan Nasi:

1 kg beras basmati
Air mengikut sukatan beras
200 gm susu cair
2 cm halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 labu bawang besar - dikisar halus
160 gm tairu
Sedikit minyak untuk menumis
Beberapa helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:

Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bulah pelaga dan bunga lawang
Beberapa helai daun pudina
Beberapa helai daun kari

Bahan Tairu:

3 sudu besar susu tepung
3/4 gelas air suam
Sedikit cuka
(Bancuh semua bahan hingga sebati)

Cara - cara :

Untuk menyediakan nasi, panaskan minyak, tumis kesemua bahan hingga kekuningan… Masukkan tairu, halia, bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga naik bau. Masukkan air, susu cair, garam secukup rasa, kacau seketika dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan beras dan daun pandan, masak hingga nasi kering. Setelah nasi kering, keluarkan separuh dari periuk. Ketepikan selebihnya…nasi yang dalam periuk diratakan. Letakkan udang berempah di bahagian atas nasi yang ada di dalam periuk.Tutup bahagian udang berempah dengan nasi yang dikeluarkan selebihnya tadi. Ratakan…biarkan nasi betul-betul masak

Bahan Rempah Briani Udang:

600 gm saiz besar
Minyak untuk menumis
Beberapa helai daun kari
5 ulas bawang merah - ditumbuk
Sedikit air
Garam secukup rasa

Bahan Garam Masala:

1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil rempah serbuk
(Sangai kesemua bahan kemudian giling lumat dan bancuh dengan sedikit air)

Bahan Rempah Lain:

1 1/2 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar sos tomato

Bahan Hiasan:

2 biji telur - digoreng
2 labu bawang besar - dimayang dan digoreng
2 tangkai daun ketumbar - dihiris
10 batang kacang buncis - dipotong
1/2 batang lobak merah - dipotong
Beberapa helai daun pudina
2 biji tomato - dipotong

Cara - cara :

Untuk menyediakan rempah briani udang yang menjadi 'inti' dalam nasi, panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan daun kari dan serbuk cili yang telah digaul terlebih dahulu dengan sos tomato. Kacau sebati. Masukkan bahan garam masala, kacau hingga naik bau. kemudian masukkan udang dan sedikit air. Biarkan hingga udang masak masukkan garam, kacau sebati dan biarkan rempah naik minyak bila sudah masak angkat....Setelah sejuk, letakkan udang briani di bahagian tengah nasi. Campurkan bahan hiasan atas nasi sebelum dimasak sekali lagi. Biarkan hingga kesemua sayur hiasan masak.