VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


CHUNKY DATE, BANANA AND WALNUT LOAF
Bahan-bahannya : 

75g butter, dilembutkan pada suhu bilik
1/2 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
2 telur
1 1/2 cawan pisang masak,dilenyek
1/2 cawan kepingan walnut
1/3 cawan kurma, dipotong kecil
Gula aising, untukditabur di atas kek

Cara-caranya:

Panaskan oven 160C dan griskan tin pembakar dengan butter dan letakkan baking paper.
Dengan menggunakan pengadun elektrik,bermula dengan putaran perlahan, putar butter,gula caster,tepung,baking power,telur dan pisang lenyek di dlm mangkuk besar hingga adunan bercampur.
Kemudian, naikkan kelajuan pengadun dan putar lagi selama 2-3minit hingga adunan sebati.
Masukkan kurma dan separuh dari walnut tadi ke dlm adunan dan kacau lagi. (Simpan separuh dari walnut untuk ditabur di atas kek sebelum dibakar).
Kemudian masukkan adunan ke dlm tin pembakar.Ratakan permukaan atas kek dengan spatula.
Taburkan lebihan walnut tadi ke atas adunan kek.
* Saya tambahkan sedikit badam cincang ke atas kek.
Bakar di dlm oven selama lebih kurang 50minit atau hingga masak.
Sejukkan sebentar kek di dlm tin pembakar sebelum dikeluarkan untuk disejukkan sepenuhnnya.
Untuk menghidang, taburkan gula aising ke atas kek dan sapukan sedikit butter.