VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


TAUHU BAKAR

Bahan-bahan ( 2 org )
4 keping tauhu
100 gm taugeh
1/2 btg timun
1/2 biji sengkuang

* 3 sudu besar lada boh / lada giling
* 1 ulas bawang putih dititik
* 2 sudu besar gula merah
* 1 sudu besar gula pasir
* 3 sudu besar air asam jawa
* 2 cawan air
sedikit garam
1 sudu besar bijan digoreng tanpa minyak
kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Kaedah penyediaan :
1. Bakar tauhu hingga masak dan ketepikan.
2. Celur taugeh dengan air panas, tapis dan ketepikan.
3. Potong kecil-kecil atau baji sengkuang dan timun
4. Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Konsistensinya bergantung kepada citarasa masing-masing tetapi baik buat pekat sikit sebab tauhu akan keluar air juga nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
5. Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang dan timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit kacang tumbuk, siap untuk dihidang.
6. Sos boleh simpan di dalam peti sejuk dan boleh tahan lama jugalah, sesuai untuk keropok lekor, popia dan karipap sayur.