PuAn AmY AbDuLlAh. .

VISITOR

Ahad, 25 Mac 2012


Pencok Ayam Panggang .

Bahan:-
6 keping chicken thigh/leg (*ummi masak separuh ayam)
1 camca teh garam
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk lada sulah
1 camca besar minyak
1 1/2 cawan santan (*ummi guna santan kotak Ayam brand)
segenggam daun basil - diracik halus (xda ni..guna 1 camca teh dried basil jek)
1 camca besar air asam jawa
garam dan gula merah secukupnya.
nenas - dipotong kecil
Bahan Kisar:-

5 biji cili merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm lengkuas


Cara Memasak:-

Gaulkan ayam dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah.
Kemudian panggang pada suhu 180C selama 25 minit.
Sementara itu, panaskan kuali. Tumis bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing.
Masukkan santan, air asam jawa, gula merah, garam dan daun basil.
Kacau rata dan biarkan reneh selama 15 minit.
Kemudian masukkan ayam panggang tadi dan gaul rata supaya kuah menyerap pada ayam. Letak nenas.
Keluarkan ayam dan bakar lagi selama 30 minit. (*nenas tinggalkan dlm kuali)