VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


SAMBAL TUMIS TEMPOYAK BILIS & PETAI


Bahan2 
4 papan petai ~ kopek kulit & belah 2 atau 4 
secekak besar ikan bilis dibersihkan 
1 biji bawang besar ~ dimayang
Garam secukup rasa
Gula secukupnya (jika guna tempoyak yg lama/masam)
Minyak masak secukupnya

Bahan2 ditumbuk
20-30 biji cili padi (ikut pedas masing2.. MaDiHaA guna cilipadi merah/masak.. kalau guna cilipadi hijau.. warna sambalnya akan jd warna kuning2 sikit)
1 cm kunyit hidup
3 ulas isi durian (kalau takde.. lebihkan sikit tempoyak)
3 sudu besar tempoyak (seeloknya tempoyak yg baru ~ yang tak masam)
1 cawan air (untuk bancuh ramuan tumbuk tadi)

Cara2 Membuatnya
1. Tumbuk cili padi & kunyit hidup hingga lumat kemudian campurkan isi durian & tempoyak. Bancuh dengan 1 cawan air hingga menjadi pes yg pekat.
2. Panaskan minyak dlm 1 cawan. Goreng ikan bilis hingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula bawang besar hingga layu kemudian angkat & ketepikan.
4. Gunakan minyak yg sama.. tumiskan bahan2 tumbuk/pes tadi hingga masak.
5. Masukkan 1 cawan air / lebih jika perlu (jika suka sambal cair). Masukkan petai dan masak hingga petai lembut/masak. Masukkan bwg & ikan bilis dan masak lagi.
6. Perasakan dengan garam, perasa & gula (jika perlu).
7. Jika terlalu pekat boleh tambah air lagi.. rasakan biar secukup rasa. angkat & bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas2. Boleh jugak dicicah dengan jemput2 bawang/bilis & juga lempeng. Memang sedapp!!!