VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


Aneka Puding (3 photos)
Puding Marble

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )

2 gelas air
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
2 Gelas susu segar
3 biji kuning telur
3 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
1 sudu besar tepung kastard
1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)

Cara-cara

Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.