VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


PULUT INTI..

Bahan-bahan:
1kg beras pulut
400ml santan
1 sudu teh garam

Bahan untuk inti:
1 biji kelapa parut
200gm gula merah
250ml air
1 helai daun pandan
100gm gula pasir

Cara memasak:
1. Rendam beras selama 3 jam dan kemudian kukus selama 20 minit.
2. Apabila sudah masak, angkat dan letakkan ke dalam bekas kemudian gaulkan dengan santan yang sudah dicampurkan dengan garam.
3. Gaulkan pulut hingga rata dan sebati.
4. Untuk menyediakan intinya, campurkan semua bahan inti dan masakkan hingga kering.
5. Masukkan pulut ke dalam acuan kecil dan letakkan inti kelapa di atas permukaan pulut tersebut.