PuAn AmY AbDuLlAh. .

VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


RESEPI MIHUN GULUNG..


Bahan-bahan:
300gm mihun - direndam dan toskan
150gm isi ayam | direbus dan disiat-siat
80gm kubis - dihiris halus
1 batang lobak merah - parut halus
3 biji telur
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu makan sos tiram
Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan mihun bersama sos soya cair dan juga sos tiram. Jika terlalu kering, tambahkan sesudu makan stok ayam atau air.
3. Kemudian masukkan isi ayam bersama kubis dan juga lobak merah. Biarkan dimasak sehingga lembut dan sebati.
4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa. Kacau sebati dan angkat.
5. Sementara itu, pukul telur bersama sedikit garam dan dadarkan nipis di dalam kuali sehingga masak.
6. Letakkan telur dadar ke dalam pinggan dan sendukkan mihun ke atasnya. Gulung kemas dan hidangkan bersama sos cili.

Read more: Resepi Mihun Gulung ~ Resepi @ Onlinehttp://iresepi.blogspot.com/2011/12/resepi-mihun-gulung.html#ixzz1np6GETAk