VISITOR

Ahad, 25 Mac 2012


KARI KETAM .

BAHAN-BAHAN :
3 ekor ketam ( potong 2 jika mahu )
1 sudu kecil herba campur
1 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 cawan santan
1 cawan air asam jawa
air
Garam dan gula ( untuk perasa )
3 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah dan 3 cm halia ( dikisar )

CARA-CARA :
Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan herba campur, serbuk kari, daun kari dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air dan tumis lagi.
Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah mendidih, masukkan ketam, dan biarkan ia masak.
Siap untuk dihidang.