PuAn AmY AbDuLlAh. .

VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


KEK LAPIS KEJU BERKOPI..

* Bahan-bahan : -

1 Biji kek Span Coklat ( 15cm )
250g Krim Keju
2 Sudu Teh Serbuk Gelatin
3 Sudu Besar Gula Pasir
20ml Air
50ml Susu Sejat ( Disejukkan )
1 Sudu Teh Coffee Emulco
100g Pisang ( Dihiris )

* Cara Penyediaannya : -

1. Letak air dalam mangkuk kecil tahan panas dan taburkan serbuk gelatin dan biarkan selama 5 minit.
2. Potong kek secara mendatar menjadi tiga lapisan.
3. Letak mangkuk dalam periuk air yang mendidih perlahan.kacau sehingga gelatin larut, angkat dan biar suam.
4. Pukul Krim keju hingga lembut.
5. Masukkan gula pasir dan putar lagi hingga ringan.
6. Tuangkan susu cair dan pukul sebati, campurkan gelatin dan pukul lagi.
7. Masukkan coffee emulco ke dalam krim keju.
8. Alas dasar acuan kek dengan kek span.Atur pisang diatasnya.
9. Ratakan separuh adunan krim keatas pisang.
10. Tutup dengan sekeping kek lagi.Atur pisang lagi dan ulangi dengan krim keju.
11. Akhir sekali letak lapisan kek diatasnya.
12. balut acuan kek dengan pembalut plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam