VISITOR

Isnin, 9 April 2012










MEE REBUS JOHOR

Bahan-Bahan
1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah
Bahan Penumis Dikisar
2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis
Bahan Kuah
300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya
Cara Penyediaan
Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis hingga garing.
Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
Gaulkan supaya bercampur rata.
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.


MEE BANDUNG MUAR

Bahan -bahan:

500 gram mee kuning (sebenarnya ikut selera )

10 tangkai cili kering (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)

5 ulas bawang puting

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang besar

50 gram udang kering (direndam dan ditumbuk halus)

100 gram udang biasa

200 gram tulang lembu (direbus, air rebusan juga digunakan sebagai kuah )

100 gram sawi (dipotong sekitar 1 inci )

garam dan gula secukup rasa

minyan untuk menumis

Cara Memasak:

Kisar cili kering, bawang dan udang kering sehingga halus.

Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau .

Masukkan tulang lembu beserta air rebusan. Birakan sehingga mendidih.

Kemudian masukkan sawi dan udang tadi.

Tambahkan gula dan garam secukup rasa.

Boleh ditambah dengan telur untuk setiap pinggan hidangan.


Resepi Mi Udang

1 kilo mee kuning
800g – 1 kilo udang sederhana ( ikut suka… lg banyak udang lagi best)
4 biji telur di pukul ( untuk pekatkan kuah)
200 g sawi ( di celur )
200 g taugeh ( dicelur )
daun bawang
daun sup
3 keping tauhu ( goreng dan hiris nipis )
telur rebus ( jika suka)
limau kasturi
bawang goreng

Bahan kisar
15-20 biji cili kering ( buang biji dan direndam)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 sudu besar udang kering

Bahan Sos
10 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos stock ayam maggie
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara penyediaan

1. Udang di kopek dan asingkan isi dan kulitnya. Kisar atau tumbuk kulit dan kepalanya hingga pecah kemudian campurkan 1.5 – 2 liter air untuk dijadikan stock udang.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak kemudian campurkan bahan sos dan stok udang. Didihkan selama 10 minit.
3. Masukan telur yang di pukul. Kacau sebati. Kemudian sekali masukkan udang. Masak 3-4 minit, sesuaikan rasa bolelah di tutup api.
4. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk bersama sawi, taugeh bawang goreng, cili hiris, tauhu goreng, telur rebus dan limau yg telah di potong.
5. Tambahkan kuah dan udang keatas mee dan bolehlah dimakan. Sedap dimakan dengan sos kicap cuka bercili.

Sos Kicap cuka bercili
10-20 biji cili padi
10 sudu makan kicap manis
2 sudu besar cuka

Cara penyediaan

* Satukan semua bahan dan letakkan dalam satu bekas. Hidangkan bersama mee udang tadi.


TUNA LADA HITAM & WASABI

Bahan-bahan :

  • 400 gm isi tuna (yang segar)
  • 1 sudu makan minyak sayur
  • 1 sudu teh sos soya cair
  • 1 sudu teh sansho (sejenis lada hitam jepun)
Sedikit parutan lobak putih daikon (sejenis lobak putih jepun) untuk hiasan .

BAHAN-BAHAN  SOS WASABI :

  • 3 sudu makan mayonis
  • 1 sudu makan wasabi


CARA MEMASAK :

  1. Perap isi tuna bersama sos soya cair selama 30 minit atau semalaman.
  2. Setelah diperap,buang lebihan cecairpada tuna dan gaulkan di dalam campuran minyak dan lada hitam
  3. Panaskan sedikit minyak pada kuali nipis da panggang tuna sehingga perang di kedua-dua bahagian.
  4. Hiris nipis dan hidangkanbersama sos wasabi
  5. Untuk membuat sos wasabi,campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.

















Sabtu, 31 Mac 2012

BEEF SOFT TACOS WITH GARLIC AVACADO CREAM AND ROASTED SALSA


Beef soft tacos with garlic avocado cream and roasted asparagus salsa

Ingrediens

Cooking spray
For the asparagus:
For the Tacos:
For the Garlic-avocado cream:
For the Salsa:

Jumaat, 30 Mac 2012

Take-to-school taco bar

TACO


Ingredients 

For the taco bar:
For the speedy salsa:
For the quickie guacamole:


Method

Take-to-school taco bar
Fold 1 slice roast beef inside each of 2 soft tortillas and sprinkle with cheese. Pack in the biggest compartment of the lunch box. Pack other compartments with guacamole, salsa, sour cream and other favorite toppings. Seal and send off to school.


For the speedy salsa:
1)Grate tomatoes on the largest holes of a box grater into a bowl all the way down to the skins. Discard the skins. Grate the onion into the tomato. Stir in olive oil. Season with salt, to taste.


2) Serve with coriander leaves on the side, or stirred in, if desired.


For the quickie guacamole:
1) Scoop the flesh from the shell with a spoon into a medium bowl. Squeeze the lime juice over the avocado and stir to coat evenly. Add the salt. Use a fork to stir and mash into a chunky guacamole. Stir in tomatoes or fruit, if desired.
 Sup Bebola Daging Makaroni .

  •   BAHAN-BAHAN 
  • 20 biji bebola daging
  • 2 biji kentang(belah empat)
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • 1 tangkai seleri  (potong 2.5 cm )
  • 1 labu bawang besar  (belah enam)
  • 1 sudu besar rempah sup 
  • 1 bungkus sup lanjut 
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 5 cm halia (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cawan makaroni ( cuci dan tuaskan)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Secukupnya 'rempah campak'  ( kulit kayu manis , bunga cengkih , bunga lawang , buah pelaga )
  • 6 cawan air atau secukupnya 
  • BAHAN TABUR :
Hirisan daun bawang , daun sup dan bawang goreng .


BLUEBERRY CHEESECAKE


Blueberry Cheesecake


Bahan-bahan
2 ketul cream cheese 250gram
1 tin susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu tepung gandum
jem blueberry

Cara-cara
Tapak(base)
1. Biskut oreo dihancurkan
2. Satu cawan majerin yang dicairkan,gaul sebati n tekan pada dasar loyang sebagai tapak atau swiss roll,potong dan susun dalam loyang

Topping
3. Biarkan chesse lembut dgn suhu bilik,kemudian pukul (boleh guna mixer atau blender)
4. masukkan susu dan pukul lagi
5.dah sebati,masukkan telur sedikit demi sedikit
6. masukkan tepung
7. jika suka, boleh masukkan coklat cip atau coklat rice
8.tuangkan dalam loyang berisi biskut atau kek tadi
*hiasan boleh taburkan kepingan badam atau titiskan coklat cair atas kek
7.sedia untuk di bakar,lebih kurang 45 minit, cucuk kek dengan tester atau lidi untuk pastikan kek masak.(jika tak melekat pada lidi itu tanda kek sudah masak)
8. akhir,tuangkan jem bluberry atas kek, siap untuk di makan :)
https://www.facebook.com/bukuresepi


PUDING ROTI GULUNG BLUBERRY
PUDING ROTI GULUNG WITH BLUBERRY
by:شيفا اشيفا
For: Kongsi Juadah Berbuka Puasa

Resepinya :-

Bahan:-

7 keping roti putih
jem bluberi secukupnya (boleh jugak guna serikaya)
3 biji telor
40 gm gula kastor
200 ml susu cair/susu sejat
1 sudu makan tepung kastad
1/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
30 gm hirisan badam/secukupnya [sy x pakai badam ni, tp gantikan dgn kismis]
sedikit mentega untuk dilenser pd loyang

Cara Menyediakan:-

-buangkan bahagian tepi roti (yg berkerak) dan sapukan dengan jem. Gulungkan roti dengan kemas.
-Aturkan roti di dalam loyang ukuran 20 x 11 cm yang telah dilenser dengan mentega terlebih dahulu.
-Pukul telor bersama gula hingga sebati.
-Masukkan susu cair, esen vanila, tepung kastad dan tepung jagung. Gaul sebati.
-Tuangkan bancuhan ke dalam loyang berisi roti tadi.
-Taburkan badam secukupnya biar rata dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 30 minit atau hingga kekuningan atasnya.
-Hidangkan bersama sos kastad

Sos kastard :

2 sudu besar tpung kastard
1 cawan susu full cream dutch lady/fresh milk
1 cawan air
3 sudu besar gula.

Cara2 :

Dalam 1 periuk, masukkan susu, air dan gula dan tepung kastard (bancuh dulu dgn sikit air).
kacau sos sampai likat, jangan pekat sangat.
sejukkan kejap, letak dalam peti ais.

BIHUN GORENG CENDAWAN
Oleh Bihun Sufi


Bihun sufi Paprika Jamur


Bahan:
- Bihun
- Lada Bengala / Paprika
- Cendawan kuping
- Bawang daun
- Udang
- Bawang merah
- bawang putih
- Sos tiram
- Minyak bijan
- Kicap ikan
- Kicap manis
- Gula
- Garam
- Serbuk perisa (jika perlu)

Cara membuat
- Rendam Bihun Sufi selama 10 -15 minit (gunakan air paip)
- Tumis bawang merah-bawang putih hingga harum
- masukkan udang, goreng hingga udang matang
- Masukkan bahan-bahan asas diatas
- Masukkan bihun
- Terakhir masukkan cendawan dan lada bengala

Rabu, 28 Mac 2012


MEE REBUS


Homemade Mee Rebus Gravy. Kuah Mee Rebus


Bahan2nya (Kuah Mee Rebus)
3 Biji Ubi Keledek Oren (Sederhana Besarnya)
2 Biji Ubi Kentang (Russell Potatoes)
250gm Daging Tetel - dihiris2
3 Ulas Bawang Besar
4 Ulas Bawang Putih
2 inch halia.
Bawang & halia (di kisarkan)
4 sudu besar taucu
2 buah tomatoes di potong dadu
3 sudu besar serbuk kari daging
1 kuib knor ikan bilis
4 sudu besar udang kering kecil / rebon, atau Udang kering grago)
1.5 mangkok air assam
Minyak memasak
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya
Rebus keledek dan Ubi Kentang hingga masak dan lehyitkan Panaskan minyak, goreng rempah yg di kisar, bila bangkit, masokan daging tetel. Goreng untuk sementara, masokan Kari daging dan di kacau hingga sebati. Masokan tomatoes di potong dadu kecil, 1 kuib knor ikan bilis, air 3 cawan besar. masokkan taucunya. Bila air mula mendidih masokkan Keledek & kentang yg sudah di lehyitkan. Gaulkan sampai keledek itu pekat. Ambil udang kering grago, di basoh dan di tumbuk halus, masokkan ke dalam kuah, di kacaukan kuah nya selalu supaya, keledek di dalam tidak melekat di bawan periuk.Masak hingga daging nya empok. Letak garam dan gula secukup rasa.

Bahan2 lain,
1 kg Mee Kunning
100gm Taugeh
2 puchok Daun Sup - hi potong kasar2
Limau Kasturi - di belah dua
Chili hijau & merah di hiris
Bawang goreng
Telur rebus - dibelah dua
Kicap manis