VISITOR

Isnin, 9 April 2012



Resepi Mi Udang

1 kilo mee kuning
800g – 1 kilo udang sederhana ( ikut suka… lg banyak udang lagi best)
4 biji telur di pukul ( untuk pekatkan kuah)
200 g sawi ( di celur )
200 g taugeh ( dicelur )
daun bawang
daun sup
3 keping tauhu ( goreng dan hiris nipis )
telur rebus ( jika suka)
limau kasturi
bawang goreng

Bahan kisar
15-20 biji cili kering ( buang biji dan direndam)
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
2 sudu besar udang kering

Bahan Sos
10 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos stock ayam maggie
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara penyediaan

1. Udang di kopek dan asingkan isi dan kulitnya. Kisar atau tumbuk kulit dan kepalanya hingga pecah kemudian campurkan 1.5 – 2 liter air untuk dijadikan stock udang.
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak kemudian campurkan bahan sos dan stok udang. Didihkan selama 10 minit.
3. Masukan telur yang di pukul. Kacau sebati. Kemudian sekali masukkan udang. Masak 3-4 minit, sesuaikan rasa bolelah di tutup api.
4. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk bersama sawi, taugeh bawang goreng, cili hiris, tauhu goreng, telur rebus dan limau yg telah di potong.
5. Tambahkan kuah dan udang keatas mee dan bolehlah dimakan. Sedap dimakan dengan sos kicap cuka bercili.

Sos Kicap cuka bercili
10-20 biji cili padi
10 sudu makan kicap manis
2 sudu besar cuka

Cara penyediaan

* Satukan semua bahan dan letakkan dalam satu bekas. Hidangkan bersama mee udang tadi.