VISITOR

Isnin, 9 April 2012










MEE REBUS JOHOR

Bahan-Bahan
1 kilogram mee kuning dan dicelur
300 gram taugeh
2 tangkai daun sup dan dihiris
2 tangkai daun bawang dan dihiris
8 biji cili merah dan dihiris
4 keping tauhu goreng dan dihiris
Sedikit bawang goreng
6 biji telur dan dibelah
6 biji limau kasturi dan dibelah
Bahan Penumis Dikisar
2 sudu besar ketumbar
8 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
18 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan kasar
1 sudu kecil jintan manis
Bahan Kuah
300 gram daging dan dicincang
200 gram tetel dan direbus
300 gram keledek dan direbus
250 gram udang basah
5 sudu besar taucu
1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus
1 batang serai dan diketuk
2 sentimeter lengkuas dan diketuk
½ cawan minyak masak
Garam, gula dan air secukupnya
Cara Penyediaan
Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan bahan penumis hingga garing.
Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
Gaulkan supaya bercampur rata.
Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.