VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


RESEPI CHOCOLATE PEACH [OR BANANA] 

MOUSSE CAKE BAHAN: (8" OR 9" ROUND 

CAKE TIN,3"HIGH) 

Kek Chiffon
Sumber: kejusedap-acx-comm.com
A:
30g serbuk koko
1/2C air panas
*1st chocolate emulco/paste (ku tambah)

B:
4 kuning telur
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2st baking powder
1/2st soda bikar
1/4C minyak jagung
1st esen vanila

C:
4 putih telur
1/4st cream of tartar
65g gula kastor

Cara:

Larutkan serbuk koko dengan air panas (dan chocolate emulco). Ketepikan.
Dalam satu bekas, campurkan kesemua Bahan B. Masukkan larutan koko tadi dan kacau rata.
Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan separuh gula. Pukul dengan kelajuan tinggi, masukkan selebih gula dan pukul hingga kental.
Gunakan kaedah kaup balik, kaupkan adunan putih telur ke dalam adunan tadi.
Tuang dalam bekas 9" dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40min, 180C.
Terbalikkan kek atas redai dan sejukkan.

Chocolate Mousse (untuk filling dan sapuan di luar kek)
Sumber: Lindapurple@myresipi.com

250g whip cream (UHT atau dairy whipping cream. Takde pun takpe, guna je non-dairy whipping cream tapi kurangkan gula aising)
1st esen vanila
1sb serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sb air. Rehatkan 5min hingga gelatin mengembang dan microwave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50g serbuk koko + 80g gula aising
1sb nescafe + 1 1/2sb air panas

Cara:

Pukul whip cream hingga kental/pekat.
Masukkan esen vanila, serbuk koko, gula aising, larutan nescafe. Kacau sebati. Masukkan larutan gelatin (yang suam) dan kacau hingga semua sebati.
Ketepikan.


Chocolate Ganache:
Sumber: lindapurple@myresipi.com

35g serbuk koko
50g gula (ku guna 30g)
150g whipping cream (ku guna non-dairy je)
80g coklat masakan cincang
30g mentega

Cara:

Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.

atau

Chocolate Ganache simple
125g @ 1/2C non-dairy whipping cream
100g coklat masakan
1sb butter

Cara:

Double-boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
Masak hingga pekat. Sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek.

Hiasan:
Pisang montel, dibelah 2 (ku guna peach)

Cara penyediaan kek:

Potong kek kepada 3 lapisan (ku buat 2 je).
Sapukan 1/2 mousse atas satu lapis kek. Letakkan pisang yang dibelah 2, lapiskan lagi dengan kek-2. Sapukan 1/3 lagi mousse dan lapiskan dengan kek ke-3.
Sapukan seluruh kek dengan baki 1/3 mousse.
Sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mousse keras sikit.
Tuangkan coklat ganache dan hiaskan sesuka hati.