VISITOR

Jumaat, 23 Mac 2012


KEK KARAMEL >_<

Bahan-Bahannya
2 camb gula pasir
5 biji telur asingkan kuning dan putihnya
½ cawan gula pasir yang dikisar halus
½ cawan gula aising
1 cawan susu cair
½ cawan minyak
½ cawan air sejuk
1 cawan tepung gandum
1camt krim tartar
Esen vanilla

Cara membuatnya
1. Gula pasir (2camb) tabur dalam tin pembakar dan panaskan hingga menjadi perang. Ketepikan dan biarkan sejuk
2. Kuning telur campur dengan ½ cawan gula pasir yang dikisar, esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga sebati dan ketepikan
3. Tepung gandum dicampur dengan minyak dan air sejuk .Kacau hingga sebati dan ketepikan.
4. Pukul putih telur dengan mixer (kelajuan paling tinggi/No.5) hingga kembang dan ringan. Masukkan gula aising dan krim tartar. Putar lagi dengan mixer No.5. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan putar sekejap sahaja dengan mixer kelajuan paling rendah/No.1.
(kalau suka warnakanlah dengan apa-apa warna kegemaran anda)
5. Ambil loyang pembakar tadi, masukkan campuran merah telur diikuti dengan campuran putih telur
6. Masukkan loyang tadi kedalam bekas yang berisi air dan bakar sehingga masak.
7. Apabila masak biarkan sejuk sebelum diterbalikkan


*** Nota : Sebelum membakar kek ini pastikan dulang berisi adunan di lapik dengan dulang yang lebih besar yang diisi air supaya karamel tidak hangus