PuAn AmY AbDuLlAh. .

VISITOR

Ahad, 25 Mac 2012


BINGKA JAGUNG .


Bahan-bahan:-

1) 500 gram santan
2) 1 sudu teh garam
3) 3 biji telur
4) 200 gram tepung gandum
5) 100 gram gula
6) 50 gram marjerin
7) 2 sudu makan tepung kastad
8) ½ tin jagung berkrim
9) ½ cawan bijan (goreng tanpa minyak)


Cara-cara pembuatan:

1) Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2) Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api.
3) Sementara itu sapu rata acuan atau loyang dengan marjerin.
4) Tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Taburkan bijan goreng di atasnya.
Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° selama sejam /
hingga masak.
5) Sejukkan dan potong.