PuAn AmY AbDuLlAh. .

VISITOR

Rabu, 28 Mac 2012


KETAM LEMAK KETUMBAR

Bahan2nya
1.5kg ketam segar, dibersihkan dan dipotong dua
1 sudu teh ketumbar biji - disanggar dulu
1/2 sud teh jintan manis - disanggar dulu
1/2 sudu lada hitam - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inch halia- ditumbuk
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya - ditumbuk
Bahan2 rempah di atas ditumbuk halus

2 batang serai di titik
1 kotak 200ml santan
2 sudu besar bawang goreng
1 kuib knorr ikan bilis/ayam - stok air ayam atau sayur
Garam secukup rasa
3 cawan air
2 sudu besar minyak makan untuk menumis

Cara2nya
Panaskan minyak di periok, letakan serai yang di titik, kemudian letakan rempah2 yang sudah di tumbuk lumut, ketumbar,jintan, lada hitam, bawang putih, halia dan daun ketumbar bersama akarnya. Bila aroma rempahnya bangkit, tuangkan air/stok & kuib knorr, mengikut citarasa dan garam. Rasa kuahnya. Bila kuah mula mendidih, masukan santan dan digaulkan, dalam 2 mins masukan ketam2 yang sudah dipotong dua. Biarkan ia selama 8 mins. Letakan bawang goreng pada kuahnya. Ketam akan bertukar warna bila sudah masak. Sajikan bersama nasi putih panas dan masakan sampingan nya.